Kamis, 26 Februari 2015

Lelaki Berusia 70 Tahun Ini Terpaksa Bekerja Keras Selama 15 Tahun Semata-Mata Untuk Membayar Hutang RM400 RIBU Yang Tidak Pernah Wujud !!!



Ditipu berhutang dengan kerajaan Singapura sejumlah wang $400,000, warga emas berumur 70 tahun dikenali sebagai Tan Soy Kiang menghabiskan masa 15 tahun lalu bekerja keras dengan 2 pekerjaan berbeza, hidup dengan sejimat yang mungkin dan meminjam wang dari jiran serta kakaknya bagi melangsungkan hidup...

Hanya baru-baru ini telah terbongkar bahawa DIA TIDAK MEMPUNYAI APA-APA HUTANG!!! Ia hanyalah sebuah penipuan yang didalangi dua wanita rakyat Singapura yang tahu dia seorang yang lurus...

15 tahun yang lalu dua wanita ini menemui Tan dan memberitahunya bahawa dia berhutang dengan kerajaan dengan jumlah yang banyak dan perlu menyelesaikannya atau dia bakal dipenjara.Takut dengan amaran tersebut, Tan memohon pertimbangan mereka berdua kerana dia tidak mempunyai wang dengan jumlah yang banyak...

Jadi wanita tersebut memberitahunya dia boleh membayar mereka secara ansuran melalui mereka tepat pada tarikh gajinya.Jika ada kelewatan dia bakal dipenjarakan...

Tan terpaksa melakukan 2 pekerjaan bagi mempercepatkan tempoh pembayaran hutangnya yang tidak wujud tersebut.Pada sebelah pagi dia bekerja sebagai pencuci jalan dengan gaji $1000 manakala satu lagi pekerjaan sebagai atendan pam minyak juga dengan gaji $1000...

Setiap hujung bulan 2 orang wanita tersebut akan datang bagi mengutip 'Hutang' dan setiap sen wang gajinya diberikan pada mereka walaupun sebenarnya ia tidak wujud sama sekali...

Dia hidup bersendirian dan terlalu sibuk bekerja sehinggakan tiada masa untuk bersama rakan-rakan dan saudara.Rakan kerja setempat yang melihat dia selalu berjumpa 2 wanita tersebut merasakan tiada yang pelik dan aneh dan tidak terlintas untuk bertanya....

Walaupun dikatakan sudah membayar sebahagian besar 'Hutang' tersebut namun ia tidak mencukupi dan memaksa dia mengeluarkan wang persaraan sebanyak $53,000....

Penipuan itu terbongkar apabila anak saudaranya,Pamela Lim yang menetap di Australia selama 15 tahun pulang dan menemui Tan dalam keadaan menyedihkan.Dia lebih terkejut apabila Tan terpaksa membuat 2 pekerjaan bagi meneruskan hidup.

Pamela tidak percaya apabila Tan memberitahu dia mempunyai hutang akibat perniagaannya gagal dan setelah dipaksa beberapa kali baru Tan memberitahu hal 'Hutang' tersebut.Walaupun dia mungkin sudah sedar yang dia sudah ditipu namun dia tidak tahu hendak mengadu kepada siapa.

Pamela telah merancang satu perangkap bagi menangkap 2 wanita tersebut dan akhirnya mereka berdua mengaku merancang penipuan tersebut.Bagi menyelesaikan kes secara baik mereka berjanji akan membayar $500 kepada Tan walaupun sebenarnya Tan membayar mereka $2000 setiap bulan!

Apabila Pamela melaporkannya kepada balai polis,mereka mengklasifikasikan Tan membayar secara sukarela.Gila bukan? Pamela sedang berusaha membawa kes itu ke mahkamah dan jika menang, wanita tersebut bakal dipenjara 10 tahun dan dikenakan denda serta membayar semula wang Tan yang ditipu....

KEJAM !!! Akibat CINTA Terlarang ,Gadis Cantik Ini Dikurung Selama 6 Tahun !!!


CHINA....Enam tahun…. ia merupakan satu jangka waktu yang panjang yang terpaksa dihadapi oleh seorang wanita selepas dikurung oleh ibu bapanya hanya kerana dia bercinta dengan lelaki yang tidak mereka sukai...

Zhang Qi, 24, dilayan seperti binatang dan dikurung di dalam sebuah bangunan usang di Jingang selepas mereka memaksanya memutuskan hubungan dengan kekasihnya pada 2009...

Dia cuba melarikan diri daripada kurungan berkenaan namun gagal dan ibu bapanya pula memberitahu penduduk kampong bahawa anak mereka dikurung di situ kerana mengalami masalah mental...

Disebabkan bapa Zhang Qi merupakan seorang individu yang berkuasa di kampung tersebut, maka penduduk kampung tidak dapat berbuat apa-apa setelah diminta tidak masuk campur..

Bagaimanapun salah seorang penduduk kampung berkenaan, Chow Jen, 50, berjaya merakamkan gambar menyedihkan itu dan kemudian dia memuatnaik dalam media sosial....

“Semua orang tahu bahawa Zhang Qi ditempatkan di bangunan using berkenaan. Saya amat sedih apabila mengetahui mengenainya. Memandangkan saya hanya pulang ke kampung itu sekali sekali sahaja, maka saya memuat naik gambar Zhang Qi dalam media sosial kerana pihak berkuasa tempatan enggan mengambil sebarang tindakan...

“Meskipun jika betul Zhang Qi mengalami masalah mental, dia tidak sepatutnya dikurung begitu dan seharusnya diberikan rawatan,’’ katanya...

Menurut Chow Jen, setiap kali balik kampung pada Tahun Baru Cina, dia akan melawat Zhang Qi secara senyap-senyap...

Jelasnya, apabila melihat keadaan gadis itu yang menyedihkan, dia merasakan sesuatu perlu dilakukan.....!!!

Rabu, 25 Februari 2015

Inilah Gambar Yang Di Muat Naik Oleh Adik Puteri Balqis Menerima Kecaman Hebat Oleh Peminat !!!


Sudah namanya artis tidak kiralah walau dia masih kanak-kanak sekalipun, gerak-geri dan tingkah laku pelakon cilik Puteri Balqis atau Aqish sentiasa menjadi perhatian ramai. Tidak kurang, setiap kali Pelakon Wanita Terbaik Asia pada Asian Television Awards 2014 ini memuat naik gambar juga berkongsikan perkembangan terbaru menerusi laman Instagram miliknya @rockingbalqis, pasti akan mendapat ribuan 'like' daripada peminat. Bagaimanapun baru-baru ini, pelakon berusia tujuh tahun ini dikecam ekoran memuat naik sekeping foto memperlihatkan gaya tangannya yang yang kebiasaannya dikaitkan dengan simbol 'Rock' ataupun simbol 'I Love You'....


Namun, ada sesetengah pihak mempertikaikan aksi Aqish apabila mendakwa ia adalah simbol Yahudi. Tidak cukup dengan itu, ada juga pengikut yang menegur supaya Aqish menutup aurat atau lebih tepat memakai pakaian yang sopan dan bertudung yang sudah tentu menampilkan gaya lebih manis. Begitupun ada peminat berpendapat Aqish masih kecil dan selama ini tidak ada salahnya dengan pemakaian aktres cilik berbakat besar ini....


Penemuan Mengejutkan Dan Menakutkan Oleh Seorang Remaja Ketika Sedang Mencari Besi Buruk Di Tepi Sungai !!!


Seorang remaja lelaki terperanjat apabila menemui berpuluh-puluh senjata api ketika mencari besi buruk di sebatang sungai di sini baru-baru ini. Remaja berkenaan, James Cork, 16, menemui hampir 40 senjata berbahaya yang telah berkarat termasuk mesingan Browning .50 yang digunakan ketika Perang Dunia Kedua dan dikatakan mampu menembak jatuh sebuah helikopter. Selain itu, dia turut menemui mesingan Nazi MG 42 yang didakwa pernah digunakan oleh tentera Nazi, raifal M-16 serta pistol Smith & Wesson .38....


“Saya sangat terkejut kerana tidak pernah menemui sesuatu seperti ini. Pada mulanya, seorang nelayan agak marah melihat saya mencari besi terpakai menggunakan magnet di situ. Namun, selepas melihat saya menarik keluar senjata tersebut, dia turut datang membantu,” kata Cork. Ibunya, Katherine, 37, bagaimanapun bertindak menghubungi pihak polis selepas menyedari anaknya bermain-main dengan senjata api yang dibawa pulang....



“Kemungkinan juga senjata-senjata itu milik pengganas yang bertujuan untuk melakukan serangan jarak dekat,” kata Andy McNab yang pernah berkhidmat dalam Perkhidmatan Udara Khas (SAS) di Ireland Utara pada tahun 1979. Sementara itu, beberapa pakar turut mendakwa senjata tersebut adalah milik Tentera Republik Ireland (IRA) yang digunakan semasa konflik dan mungkin dibuang ketika republik itu mengisytiharkan gencatan senjata pada 2001....


SUMBER : AGENSI

GAMBAR Yang Sangat Viral Di Media Sosial Ini Berlaku Di Malaysia !!!


Gambar di media sosial yang menunjukkan seorang lelaki tua separuh lumpuh ditarik oleh seekor kerbau ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan perubatan di daerah utara Pitas, Sabah, telah mendorong tindakan pembinaan segera akses jalan masuk. Nasib penduduk Kampung Niatang mendapat perhatian apabila gambar lelaki tua berusia kira-kira 70 tahun, Bojong Mokiling, berbaring di atas sekeping papan sambil ditarik seekor kerbau melalui jalan berbatu dan berlumpur dari sebuah perkampungan terpencil ke jalan utama. Menantu lelaki itu, Albert madin berkata 'kereta' itu adalah satu-satunya bentuk pengangkutan yang dapat digunakan untuk keluar dari kampung kerana mereka tidak dapat mendapatkan bantuan pemilik kenderaan 4WD untuk membawa keluar Bojong dari kampung yang terletak kira-kira 1.5km dari jalan utama Pitas....

"Bapa mertua saya lumpuh dan memerlukan rawatan. Keadaannya semakin buruk jadi kami mengambil keputusan untuk membawanya ke hospital. Kami tidak mempunyai pilihan melainkan menggunakan apa sahaja bentuk pengangkutan kerana tidak ada kenderaan 4WD," katanya. Adun Pitas Datuk Bolkiah Ismail, yang juga merupakan Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian negeri, ketika dihubungi berkata beliau akan mendapatkan kelulusan segera daripada Kementerian Pembangunan Infrastruktur untuk membina jalan bagi kemudahan penduduk kampung yang terjejas. "Saya sudah melawat kampung itu dengan pegawai-pegawai Jabatan Kerja Raya. Kita akan mengambil tindakan segera untuk mendapatkan kelulusan bagi pembinaan jalan," kata Bolkiah....

Beliau berkata kampung itu tidak diwartakan di bawah daerah Pitas, kerana terdapat hanya kira-kira enam buah rumah dengan kira-kira 50 penduduk tinggal di kawasan itu. Bagaimanapun, beliau berkata langkah segera akan diambil untuk membina jalan raya. Perkampungan yang terletak di Pitas itu terletak pada jarak 15km dari hospital Pitas, kira-kira 60km dari hospital Kota Marudu dan kira-kira 135km dari hospital Kudat. Pitas terletak kira-kira 250km dari Kota Kinabalu. Netizen menggesa kerajaan bertindak dengan segera untuk membantu penduduk Kampung Niatang selepas gambar Bojong menjadi viral....!!!


SUMBER : MSTAR