Rabu, 25 Februari 2015

Penemuan Mengejutkan Dan Menakutkan Oleh Seorang Remaja Ketika Sedang Mencari Besi Buruk Di Tepi Sungai !!!


Seorang remaja lelaki terperanjat apabila menemui berpuluh-puluh senjata api ketika mencari besi buruk di sebatang sungai di sini baru-baru ini. Remaja berkenaan, James Cork, 16, menemui hampir 40 senjata berbahaya yang telah berkarat termasuk mesingan Browning .50 yang digunakan ketika Perang Dunia Kedua dan dikatakan mampu menembak jatuh sebuah helikopter. Selain itu, dia turut menemui mesingan Nazi MG 42 yang didakwa pernah digunakan oleh tentera Nazi, raifal M-16 serta pistol Smith & Wesson .38....


“Saya sangat terkejut kerana tidak pernah menemui sesuatu seperti ini. Pada mulanya, seorang nelayan agak marah melihat saya mencari besi terpakai menggunakan magnet di situ. Namun, selepas melihat saya menarik keluar senjata tersebut, dia turut datang membantu,” kata Cork. Ibunya, Katherine, 37, bagaimanapun bertindak menghubungi pihak polis selepas menyedari anaknya bermain-main dengan senjata api yang dibawa pulang....



“Kemungkinan juga senjata-senjata itu milik pengganas yang bertujuan untuk melakukan serangan jarak dekat,” kata Andy McNab yang pernah berkhidmat dalam Perkhidmatan Udara Khas (SAS) di Ireland Utara pada tahun 1979. Sementara itu, beberapa pakar turut mendakwa senjata tersebut adalah milik Tentera Republik Ireland (IRA) yang digunakan semasa konflik dan mungkin dibuang ketika republik itu mengisytiharkan gencatan senjata pada 2001....


SUMBER : AGENSI



Related Posts

Penemuan Mengejutkan Dan Menakutkan Oleh Seorang Remaja Ketika Sedang Mencari Besi Buruk Di Tepi Sungai !!!
4/ 5
Oleh