Rabu, 20 Mei 2015

Cerita Sebenar Pemandu Bas Tinggal Pelajar Tahfiz Ditepi Jalan Yang Anda Mesti Tahu!!

Berdasarkan sumber info, pelajar-pelajar ini adalah pelajar tahfiz dari Madrasah Tahfiz Taufikillah, Jitra Kedah. Kejadian berkenaan berlaku berpunca apabila rombongan anak-anak Tahfiz yang dalam perjalanan dari Kedah ke Melaka meminta lagu dangdut dari corong radio dihentikan.
KISAH SEBENAR PEMANDU BAS TINGGAL PELAJAR TAHFIZ DITEPI JALAN
Dimaklumkan, rombongan anak-anak Tahfiz dalam perjalanan dari Kedah ke Melaka ditinggalkan di tepi jalan gara-gara meminta lagu dangdut dari corong radio dihentikan. – Durratun Nurin
Selepas itu timbul pelbagai masalah dengan pemandu bas yang kemudiannya mereka ditinggalkan di tepi jalan berkenaan sebelum mendapat bantuan dan sewa bas baru untuk pulang ke Kedah.
KISAH SEBENAR PEMANDU BAS TINGGAL PELAJAR TAHFIZ DITEPI JALAN 4
Alhamdulillah, dah dapat bas ganti now dalam perjalanan ke Kedah. Dah buat laporan ke SPAD dan menteri perlancongan. Tunggu dan lihat macam mana. Saya post kat fb supaya jadi pengajaran kat orang di luar sana.. Janganlah mentang2 yang dibawa.. Yang dilayan tu anak yatim.. Anak fakir, maka kamu melayan dia macam sampah.. Macam pengemis. Mereka pun manusia. Sikap double standart ni la kena kikis.. Semoga Allah memelihara adik2 ni… – Durratun Nurin
Namun itu adalah dakwaan dari pihak pelajar-pelajar tahfiz.
Bagaimana pula dengan pihak pemandu bas tersebut?
Menurut sumber beberapa info lain pula, kejadian berkenaan didakwa berpunca dari sikap panas baran seorang Ustaz yang turut sama mengiringi pelajar Tahfiz berkenaan.
KISAH SEBENAR PEMANDU BAS TINGGAL PELAJAR TAHFIZ DITEPI JALAN 3
Ustaz tersebut dikatakan telah memarahi pemandu bas kerana lewat 10 minit selepas mereka berhenti rehat untuk makan. Kemudian, Ustaz tersebut juga dikatakan bersikap kurang ajar dengan meletakkan kaki di kepala (belakang kerusi kot.. dinding pemisah antara tempat pemandu dgn penumpang belakang pemandu.. mungkin semasa bus berjalan ustaz tu meletakkan kaki di atas dinding pemisah tu..) pemandu bas.
KISAH SEBENAR PEMANDU BAS TINGGAL PELAJAR TAHFIZ DITEPI JALAN 2
Pemandu bas itu menegurnya secara baik namun sikap panas baran Ustaz itu membuatkan ia melarat. Bab tinggalkan pelajar itu pula, ia sebenarnya atas permintaan Ustaz berkenaan yang mahu mereka diturunkan mungkin kerana masih tidak berpuas hati.
Pihak pemandu bas itu turut menafikan meninggalkan rombongan pelajar Tahfiz berkenaan ditepi jalan malah mereka semua dihantar ke hentian bas di Melaka.
KISAH SEBENAR PEMANDU BAS TINGGAL PELAJAR TAHFIZ DITEPI JALAN 5
Itulah yang dapat ammboi petik dari kedua-dua sumber mengenai isu pemandu bas tinggalkan pelajar tahfiz ditepi jalan. Setakat ini, ammboi difahamkan pihak pelajar berkenaan telah membuat laporan mengenai kes itu. Kita tunggu apa perkembangan seterusnya dan yang sebenarnya yang telah terjadi.



Related Posts

Cerita Sebenar Pemandu Bas Tinggal Pelajar Tahfiz Ditepi Jalan Yang Anda Mesti Tahu!!
4/ 5
Oleh

Arsip Blog